mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah NADI Felda Jengka 3

Pusat Internet Felda Jengka 3, kini dikenali sebagai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan antara NADI yang terdapat di sekitar daerah Maran. NADI Felda Jengka 3 termasuk dalam kategori NADI Fasa 4 yang mula beroperasi pada 20 September 2013. Bangunan asalnya adalah merupakan bangunan JKKK Felda Jengka 3 dan bersebelahan Dewan GPW. Ia telah diubahsuai pada bulan Jun hingga September 2013 mengikut standard dan kesesuaian untuk dijadikan sebagai pusat komputer dan informasi untuk komuniti setempat. Selain itu, disekitar kawasan NADI juga terdapat Pejabat JPKK Felda Jengka 3, Bangunan Belia dan Bangunan GPW.