USAHAWAN PRODUK MAKANAN BASAH
| Nama : Siti Ayeshah Bt Halid Umur : 33 Tahun Ahli : 10 Oktober 2024 |
Latar Belakang
Puan Ayeshah merupakan cucu peneroka yang tinggal di Felda Jengka 3 bersama keluarganya. Beliau menghasilkan sendiri pelbagai makanan basah seperti Nachos Loaded, Air Jelly Limau, pelbagai perisa Tart, Popia Basah, Puteri Ayu Cheese dan turut mengambil tempahan Pop Corn untuk dijadikan goodies untuk pelbagai majlis. Beliau ke NADI untuk menyertai kelas MAHIR Masak dan kelas komputer bagi meningkatkan kemahiran ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah 10.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas-kelas latihan yang disertai di NADI Felda Jengka 3, beliau belajar lebih banyak kemahiran dalam bidang masakan dan semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya dalam mempromosikan jualan di media sosial. Beliau mempromosikan perniagaannya di Whatsapp group dan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Tiktok. Pendapatan bulanan beliau kini melebihi RM600 dan jumlah pelanggan melebihi 40 orang sebulan.
