MAHIR BAIKI GAJET
| Nama : Muhammad Danish Iman B. Shukor Umur : 23 Tahun Ahli : 2025 |
Latar Belakang
Encik Muhammad Danish Iman merupakan seorang cucu peneroka yang tinggal bersama keluarga di Felda Jengka 3. Beliau menyertai kelas Mahir Baiki Gajet untuk menambah ilmu pengetahuan di dalam bidang yang baru. Selain itu, beliau turut menyertai kelas lain seperti kelas Cybersecurity dan kelas Usahawan bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ICT dan keusahawanan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Kemahiran beliau adalah sederhana berkaitan pengetahuan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh NADI Felda Jengka 3, beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer dan ICT. Selain itu, beliau turut pendapat pengalaman yang berharga dalam bidang membaiki gajet melalui kelas-kelas MAHIR Baiki Gajet yang disertai selama beberapa bulan di NADI Felda Jengka 3. Pembelajaran dijalankan secara teori dan praktikal. Beliau turut menambah ilmu berkaitan Cybersecurity dan keusahawanan melalui kelas-kelas yang dihadiri sepanjang tahun.
