mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2025 CELIK IT – HANIZA BT MUSA

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Haniza Bt Musa
Umur : 46
Tahun Ahli : 2017

Latar Belakang

Puan Haniza merupakan bendahari untuk Homestay yang dikendalikan oleh Persatuan GPW. Beliau kerap ke NADI untuk menyiapkan tugasan serta menyertai pelbagai kelas dan pertandingan yang dianjurkan oleh NADI bagi meningkatkan kemahiran ICT

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Kemahiran beliau adalah sederhana berkaitan pengetahuan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh NADI Felda Jengka 3, Beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya dalam Microsoft Office & Excel bagi melaksanakan tugas harian sebagai bendahari untuk menyediakan akaun bulanan bagi Homestay GPW Felda Jengka 3.