USAHAWAN PRODUK MAKANAN BASAH
| Nama : Norhafezah Bt Samsudin Umur : 39 Tahun Ahli : 23 Oktober 2024 |
Latar Belakang
Puan Hafezah merupakan usahawan produk bakeri dan pastri yang menetap di Jengka 3 sejak beberapa tahun yang lalu. Beliau menghasilkan sendiri pelbagai jenis produk bakeri seperti roti golok, roti sosej, donut, bomboloni, serta produk pastri seperti Cream Horn dan banyak lagi. Beliau ke NADI untuk menyertai kelas MAHIR Masak dan pelbagai kelas ICT bagi meningkatkan kemahiran ICT serta menambah ilmu pengetahuan di dalam bidang masakan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah 30.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas-kelas latihan yang disertai di NADI Felda Jengka 3, beliau memperolehi lebih banyak kemahiran dalam bidang masakan dan semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya dalam mempromosikan jualan di media sosial. Beliau mempromosikan perniagaannya di Whatsapp group sekitar Maran dan turut menggunakan media sosial seperti Facebook dan dan Tiktok. Pendapatan bulanan beliau kini melebihi RM800 dan jumlah pelanggan melebihi 50 orang sebulan.
