Kesihatan

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang diadakan di Dewan Semai Bakti Felda Jengka 3 telah diadakan pada 7 dan 8 Ogos 2021 yang membabitkan 1,600 penerima vaksin melibatkan penduduk Felda Jengka Tiga, Felda Jengka Dua dan Felda Ulu Jempol. Sementara itu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, empat buah bas digunakan untuk program Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAC) selain menggunakan dewan sebagai tempat pemberian vaksin.  Bas terbabit mempunyai tujuh stesen suntikan iaitu tiga di tingkat bawah dan empat di tingkat atas serta mampu menampung sehingga 1,120 penerima vaksin sehari.  Program tersebut berjalan dengan lancar dengan kerjasama petugas kesihatan, para sukarelawan, pelbagai NGO, pasukan beruniform dari Anggota Polis, Bomba dan RELA.