mcmc
Produk Tempatan

Produk Tempatan – Khozaimi Binti Hashim

Nama Produk : Kedai Sarapan Pagi & Tengah hari

Nama Pengusaha : Khozaimi Binti Hashim

Lokasi : Felda Jengka 3, 26400 Bandar Jengka, Pahang.

No.Telefon : 013-944 7011

Puan Khozaimi merupakan usahawan kedai makan yang terletak di simpang Koperasi Felda Jengka 3. Dibuka seawal 7 pagi hingga ke tengah hari yang menyediakan pelbagai jenis sarapan pagi seperti roti canai, nasi lemak, mee goreng, mihun goreng dan banyak lagi. Beliau turut menyediakan menu masakan tengah hari seperti ayam masak merah, ikan kerisi masak kicap, ikan keli lada kecik, sambal petai tempoyak dan pelbagai lagi. Kedainya menjadi tumpuan komuniti setempat dan pekerja-pekerja sektor awam dan swasta. Malah ada juga pelanggan luar dari Jengka 3 yang datang ketika waktu rehat untuk makan tengah hari. Beliau mempromosikan jualannya di whatsapp group komuniti setempat.