Tarikh : 31 Mei 2015
Masa : 9.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
Tempat : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Jengka 3
Pertandingan Merekacipta Poster telah disertai oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2. Pertandingan ini diadakan menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk merekacipta poster menggunakan komputer. Mereka telah diberikan pendedahan penggunaan perisian tersebut sebelum tarikh pertandingan dengan menghadiri kelas-kelas Adobe Photoshop yang diadakan sepanjang bulan April dan Mei seperti yang ditetapkan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Jengka 3.
Sepanjang pertandingan ini mereka dibahagi kan kepada 5 kumpulan, dimana setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang peserta. Mereka telah menggunakan setiap ilmu yang telah dipelajari sepanjang kelas sebelum ini untuk menghasilkan poster yang bertemakan ‘Alam Semulajadi’. Setiap kumpulan digalakkan untuk menghasilkan poster yang kreatif dan inovatif untuk menarik pengguna sistem dashboard untuk mengundi poster mereka kelak.
Melalui sistem pengundian di dashboard, setiap poster yang dihasilkan akan dimasukkan ke dalam sistem dashboard. Setiap pengguna yang datang ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan menggunakan sistem dashboard dan mereka layak untuk mengundi satu poster sahaja. Poster yang mendapat undi tertinggi layak untuk mewakili Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Jengka 3 ke peringkat wilayah dan seterusnya.
Peserta yang menyertai pertandingan poster






