Tarikh : 20 Januari 2016 (Rabu)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : The Everly Hotel, Putrajaya
Malam penghargaan ini diadakan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang menyertai Pertandingan Rekacipta Poster Digital Pusat Ekonomi Digital (PEDi) 2015 yang bertemakan alam sekitar. Sebanyak 18 buah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang tersenarai sebagai finalis pada malam tersebut termasuk Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Jengka 3. Tahniah diucapkan kepada dua orang ahli PEDi iaitu Nor Farhanis Bt Abd Khalid dan Nor Amira Bt Ismail yang memenangi hadiah saguhati pada malam itu. Diharapkan lebih ramai lagi ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Jengka 3 dapat menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu di sini.


