1) NADI x LIFELONGLEARNING
| Tarikh & Masa : – PROMOSI & NADI x LIFELONGLEARNING (MAHIR) -Mahir Pertanian Pintar -Forum Mahir NADI x MAHIR SHORT LEARNING SERIES – Mahir Masak NADI x LIFELONGLEARNING (e-Sport) – E-sukan & Wellbeing 11 & 26.6.2025 (9.30am – 10.30am) 14.6.2025 (9.30am-11.30am) 21.6.2025 (3pm-4pm) Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 13 orang |
| Tujuan i) Mempromosi Perkhidmatan yang disediakan di NADI kepada peserta. ii) Meningkatkan ilmu kemahiran berkaitan penggunaan pelbagai peralatan yang digunakan sepanjang proses pembelajaran sama ada secara teori atau praktikal. iii) Pendedahan berkaitan e-Sport yang semakin terkenal di Malaysia. Aktiviti NADI x LIFELONGLEARNING – Mahir PERTANIAN PINTAR Peserta menyertai Kursus Mahir Pertanian Pintar selama 1 jam secara online dan kelas ini juga bakal berakhir pada bulan Jun untuk pengambilan pertama. -Forum Mahir Sesi forum khas berkaitan kursus Mahir untuk pengambilan ke-2 yang dijadualkan bermula pada hujung Julai 2025 di mana peserta diberikan taklimat berkaitan perjalanan kursus, slot kelas & pengenalan bersama totur. NADI x MAHIR SHORT LEARNING SERIES – Mahir Masak Peserta Short Learning Series menyertai sesi siaran langsung di Youtube MAHIR Masak yang dibawa khas dari Lumut Perak oleh Chef Florence Tan yang menyediakan resepi Rasa Warisan Nyonya Asli. NADI x LIFELONGLEARNING (e-Sport) – E-sukan & Wellbeing Peserta menonton beberapa video berkaitan e-sukan yang memberikan pendedahan berkaitan Sains Sukan dalam e-Sukan & Asas Pemakanan Sukan Bagi Atlet Remaja. Gambar disini |
2) NADI x NURTURE (DILEA)
| Tarikh & Masa : NADI x NURTURE DILEA -BM, Sejarah, English (Tingkatan 4) -Open Live Class (English) -Webinar Motivasi Pelajar & Webinar Berkala (Matematik) 17 & 19.6.2025 (3.30pm – 4.30pm) 5, 13 & 25.6.2025 (4.30pm – 5.30pm) 21.6.2025 (2.30pm – 4.30pm) Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 6 orang |
| Tujuan i) Mendedahkan komuniti tentang kelas dan program yang diadakan di NADI ii) Peserta dapat meningkatkan penguasaan matapelajaran yang telah disediakan. iii) Peserta memperoleh input yang bermanfaat daripada bahan yang disediakan, seperti dokumen PDF, tontonan video dan kuiz ringkas. Aktiviti –Kelas Online untuk matapelajaran Bahasa Malaysia, Sejarah & English untuk pelajar SMK tingkatan 4. – Kelas ‘Open Live Class’ (English) yang diadakan terbuka untuk pelajar yang berminat membincangkan kertas-kertas soalan tahun lepas. – Program Khas – Webinar Berkala (Matematik Edisi Ke-2 – Skor Matematik Mudah SPM : Kertas 1 & 2) Gambar disini |
3) NADI x AWARENESS (Kesedaran)
| Tarikh & Masa : Kempen Internet Selamat (KIS) 4.6.2025 (10.00am – 11.00am) SK (11.00am – 12.00am) SMK Cybersecurity – Umum 13.6.2025 (3.30pm – 5.00pm) 20.6.2025 (3.30pm – 5.00pm) Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 12 orang |
| Tujuan i) Mendedahkan komuniti tentang kelas dan program yang diadakan di NADI ii) Pendedahan berkaitan ancaman siber masa kini. iii) Mendedahkan peserta tentang identiti digital & risiko siber. Aktiviti – Penerangan Kempen Internet Selamat (KIS) bertajuk Ancaman Siber di mana tajuk di bahagikan mengikut kategori iaitu Malware (SK) & Laman Web Jahat (SMK). – Penerangan tentang Cybersecurity (Kategori Umum) bertajuk Lindungi Identiti Digital Anda & Memahami Risiko Siber – Sesi soal jawab antara peserta dan tutor berkaitan topik yang dibincangkan. Gambar disini |
4) NADI x KIDVENTURE & NADI x TINYTECHIES
| Tarikh & Masa : KIDVENTURE 14 & 21.6.2025 (10.00am– 11.00am) TINYTECHIES 14 & 21.6.2025 (10.00am – 11.00am) Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 6 orang |
| Tujuan i) Mendedahkan komuniti tentang kelas dan program yang diadakan di NADI ii) Kidventure memberikan pendedahan berkaitan keusahawanan kepada Pelajar sekolah. iii) Tinytechies memberi peluang kepada pelajar yang minat terhadap robotic & STEM meneroka serta berkreativiti dalam bidang tersebut. Aktiviti KIDVENTURE – Penerangan tentang topik keusahawanan bertajuk Pemasaran & Operasi Perniagaan bagi Cohort 2 manakala bagi peserta Cohort 3 bertajuk Pelan Perniagaan Pertama Saya. TINYTECHIES – Peserta mempelajari tentang robotik melalui totur yang berpengalaman di dalam bidang tersebut serta dapat mendengar pengalaman yang berharga ketika sesi sembang santai bersama Pakcik Lan. Gambar disini |