mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2025

1)  NADI x LIFELONGLEARNING (MAHIR)

Tarikh & Masa : – 

NADI x LIFELONGLEARNING (MAHIR)

 Mahir Pertanian Pintar
– Mahir Masak
– Mahir Baiki Gajet
– Mahir Foto
– Mahir Jahit

2.12.2025 (9.30am – 10.30am)
4, 5 & 10.12.2025 (3.00pm – 4.30pm)

Pertandingan Mahir Foto (Program Cuti Sekolah)
23, 24 & 26.12.2025
                                  
Lokasi : NADI Felda Jengka 3
Jumlah Peserta : 9 orang
Tujuan
i) Mempromosi Perkhidmatan yang disediakan di NADI kepada peserta.
ii) Meningkatkan pengetahuan & pengalaman berkaitan pelbagai kelas MAHIR yang disediakan untuk ahli NADI secara percuma.
iii) Menggalakkan peserta untuk mencuba bidang yang baru.  

Aktiviti 

NADI x LIFELONGLEARNING
–  Mahir Pertanian Pintar, Masak, Baiki Gajet, Foto & Jahit
Kelas MAHIR bagi pengambilan ke-2 tamat pada bulan Disember. Pada minggu terakhir ini, cikgu-cikgu bagi setiap kelas MAHIR menjalankan sesi mengimbas kembali pelajaran yang telah dijalankan sepanjang beberapa bulan yang lalu. Selain itu, pelajar turut memberi maklum balas berkaitan sesi pembelajaran yang telah dijalankan.

Pertandingan Mahir Foto (Program Cuti Sekolah)
Pelajar sekolah menengah menyertai kelas MAHIR Foto untuk belajar teknik asas fotografi seterusnya menyertai pertandingan video yang diadakan sempena cuti sekolah.

Gambar disini

2)  NADI x LIFELONGLEARNING (DILEA, Tiny Techies, e-Sport, e-Kelas & Cybersecurity)

Tarikh & Masa : – 

DILEA

– Bersama Mr Algebra (Program Cuti Sekolah) – 22.12.2025 (3.30pm – 4.30pm)
– Fun Labs Sains (Program Cuti Sekolah) – 23.12.2025 (3.30pm – 4.30pm)

TINYTECHIES
– Kenali Dunia Robotik (Program Cuti Sekolah)
 – 22-29.12.2025 (10.00am – 11.00am)

e-Sport 
– Pertandingan eFootball Peringkat Negeri Pahang
26.12.2025 (9.00 pm – 4.00 pm)
– Pertandingan eFootball Peringkat Kebangsaan
29 & 30.12.2025 (9.00 pm – 4.00 pm)

e-Kelas Usahawan
– AI utk penulisan dan penciptaan visual (Program Cuti Sekolah)
– 24 & 29.12.2025 (10.00am – 11.00am)

Cybersecurity 
-Video Keselamatan Siber & Teka Silang Kata
– 22-29.12.2025
                                   
Lokasi : NADI Felda Jengka 3
Jumlah Peserta : 16 orang
Tujuan
i) Mempromosi Perkhidmatan 5 Pillars yang disediakan di NADI kepada peserta.
ii) Meningkatkan pemahaman berkaitan kelas -kelas Pembelajaran Sepanjang Hayat yang diadakan.
iii) Pendedahan berkaitan Kelas-kelas yang diadakan sepanjang bulan.  

Aktiviti 

DILEA
 Kelas sempena cuti sekolah telah diadakan, bertajuk Bersama Mr Algebra dan Fun Labs Sains yang diadakan secara atas talian. 2 orang pelajar Tingkatan 2 & 3 telah menyertai kelas ini, dimana guru memberi penerangan berkaitan tajuk dan mereka turut menjawab kuiz yang disediakan.

TINYTECHIES
– 5 orang peserta telah menyertai Program Cuti Sekolah yang bertajuk Kenali Dunia Robotik dimana mereka menonton video berkaitan robotik dan menjawab soalan kuiz bagi menguji tahap pemahaman peserta.

e-Sport
– 2 orang peserta telah menyertai Pertandingan eFootball Peringkat Negeri Pahang sempena Program Cuti Sekolah. Seorang peserta berjaya menjadi juara dan telah mewakili Negeri Pahang ke peringkat kebangsaan. Manakala seorang lagi peserta menduduk tempat ke-4. Walaubagaimanapun, peserta NADI Felda Jengka 3 yang mewakili Negeri Pahang ke Pertandingan eFootball Peringkat Kebangsaan tewas dengan peserta lain di peringkat suku akhir.

e-Kelas Usahawan
– 4 orang peserta yang menyertai Program Cuti Sekolah bertajuk ‘AI utk penulisan dan penciptaan visual’ telah menyertai kelas secara online selama lebih kurang 1 jam.

Cybersecurity
– Seramai 4 orang telah menyertai kelas Cybersecurity dengan menonton pelbagai tajuk Video Keselamatan Siber dan turut menjawab soalan Teka Silang Kata berkaitan tajuk-tajuk video yang telah ditonton.

Gambar disini

3) NADI x AWARENESS (Kesedaran)

Tarikh & Masa :

Kempen Internet Selamat (KIS)    
KIS dan Kita (Program Cuti Sekolah) – 22.12.2025              
KIS War (Program Cuti Sekolah) – 23.12.2025
KIS Jom Mewarna (Program Cuti Sekolah) – 24.12.2025
KIS Detektif Siber (Program Cuti Sekolah) – 26.12.2025
  
Lokasi : NADI Felda Jengka 3
Jumlah Peserta : 33 orang
Tujuan
i) Meningkatkan kesedaran pelajar berkaitan ancaman di Internet.
ii) Pendedahan berkaitan internet selamat.
iii) Menggalakkan penggunaan internet secara berhemah.

Aktiviti 
– Peserta menyertai Program Cuti Sekolah bagi Kempen Internet Selamat (KIS) bertajuk KIS & KITA, KIS & WAR, KIS Jom Mewarna dan KIS Detektif Siber. Peserta menjawab kuiz berkaitan kempen internet selamat secara atas talian dan mewarna gambar berkaitan internet selamat.

Gambar disini

4) NADI x KESEJAHTERAAN KENDIRI

Tarikh & Masa :

CARE
PROGRAM CUTI SEKOLAH – 22-29.12.2025 (10.00am – 12.00pm)

Lokasi : NADI Felda Jengka 3
Jumlah Peserta : 8 orang
Tujuan
i) Pendedahan kepada pelajar sekolah berkaitan senaman untuk menjaga kesihatan.
ii)  Pencegahan awal berkaitan penggunaan gajet yang berlebihan
iii) Penjagaan kesihatan untuk generasi muda.

Aktiviti 
– Peserta menonton video-video kesihatan yang berkisar tentang senaman, tidur yang cukup, remaja yang burnout dan banyak lagi.
– Peserta turut melakukan senaman ringkas di NADI semasa menonton video senaman untuk memastikan mereka sentiasa aktif walaupun sentiasa mengadap gajet.

Gambar disini