USAHAWAN PRODUK TANAMAN
Nama : Mohamad Khairul B. Baharum Umur : 37 Tahun Ahli : 2015 |
Latar Belakang
En Khairul telah menceburi bidang ini secara kecil-kecilan di kawasan rumahnya di Felda Jengka 3. Melibatkan diri secara serius sejak 4 tahun yang lalu. Minat yang mendalam dalam bidang pertanian membuatkan beliau mula mengusahakan pelbagai jenis tanaman di halaman rumahnya. Beliau mendapat tempahan bukan sahaja dari sekitar Jengka malah seluruh Malaysia sejak beliau menggunakan medium atas talian seperti Whatsapps, Facebook, Myshop DK & Shopee sebagai tempat untuk mempromosikan produknya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan internet, beliau hanya menjual kepada pelanggan sekitar Jengka3 dan berhampiran. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah lebih kurang 30 orang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 3, beliau kini telah memiliki akaun email, facebook (https://www.facebook.com/kebuntepirumah) dan myshop (Dashboard Pi) dan Shopee (https://shopee.com.my/mrkrool) . Dimana beliau menggunakan platform tersebut untuk mempromosikan produk di atas talian dimana pelanggan beliau dapat mengetahui terus berkenaan produk disana, promosi dan sebagainya. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah lebih RM700 dan jumlah pelanggan kini melebihi 50 orang sebulan.