USAHAWAN PRODUK MAKANAN KERING
Nama : Masseturah Bt Sulong Umur : 38 TahunAhli : 2014 |
Latar Belakang
Pn Masseturah telah menceburi bidang ini hampir 4 tahun yang lalu setelah berpindah ke Jengka 3. Beliau menghasilkan sendiri produk ini bersama suami. Antara produk yang dijual adalah Peria Crispy dan Bawang Putih Crispy berperisa original dan pedas.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah 10.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing dan disediakan oleh NADI Felda Jengka 3, beliau dapat mempromosikan produk melalui Whatsapp group dan media sosial seperti Facebook dan Tiktok. Pendapatan bulanan beliau kini melebihi RM500 dan jumlah pelanggan melebihi 30 orang sebulan