mcmc
Kesihatan

Kesihatan

Klinik Desa Jengka 3

Klinik Desa Jengka 3

26400 Bandar Jengka, Pahang

Tel : 09-4766099

Waktu Operasi : 8.00am  – 5.00pm ( Isnin hingga Jumaat )

Klinik Kesihatan Jengka 2

Klinik Kesihatan Jengka 2 merupakan klinik kesihatan yang paling hampir dengan Felda Jengka 3 yang mempunyai perkhidmatan lebih meluas seperti pemeriksaan kesihatan harian, Kes Kecemasan, Klinik Ibu dan Anak, Farmasi, Makmal dan lain-lain. Komuniti sekitar Felda Jengka 2, Felda Jengka 3, Ulu Jempul, Sg jerik dan sekitar yang menerima perkhidmatan di Klinik Kesihatan ini.  

Klinik Kesihatan Jengka 2

26400 Bandar Jengka, Pahang

Tel : 09-4764320

Tel (kecemasan) : 010-8439355

Waktu Operasi : 8.00am  – 5.00pm ( Isnin hingga Jumaat )


Hospital Jengka

 

Hospital Jengka merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Bandar Jengka, yang memiliki 70 buah katil bagi merawat pesakit wad. Ia juga merupakan salah sebuah hospital mesra bayi 

Hospital Jengka

26400 Bandar Pusat Jengka, Pahang

No Tel : 09-4662333

Faks : 09-4663215

website : http://www/hjengka.mohr.gov.my


Klinik Kesihatan Bandar Jengka

 

Klinik Kesihatan yang terletak di Bandar Jengka antara klinik yang menjadi tumpuan penduduk setempat.Terletak kira-kira 18.3 km dari Felda Jengka 3, klinik ini menyediakan rawatan harian, susulan penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi, rawatan pergigian serta klinik ibu dan anak. Pelbagai ujian saringan kesihatan disediakan seperti saringan kesihatan jantung, HIV, talasemia, kanser pangkal rahim, kanser usus dan pelbagai lagi selain daripada pemeriksaan kesihatan yang biasa. 

Waktu operasi
Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang
Sabtu dan Ahad : 9.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari

Rehat
Isnin – Khamis : 1.00 -2.00 petang
Jumaat : 12.15 – 2.45 petang


Klinik An-Nur Bandar Jengka

Klinik An-Nur Bandar Jengka

Klinik An-Nur yang terletak di Bandar Jengka merupakan klinik swasta yang beroperasi setiap hari (Isnin-Ahad) jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam. Lokasi terletak berhadapan pasaraya Mydin dan sebaris Mr. DIY serta Bank Islam. Pelbagai rawatan disediakan seperti Rawatan Nebuliser, Rawatan Iv Drip, Wound Dressing, Rawatan Jahit Luka, Ultrasound Abdomen & KUB, Ultrasound Scan 2D & 5D, Cuci Telinga (Ear Toilet), Cuci Mata (Eye irrigation), Pemeriksaan Jantung (ECG) dan lain-lain. Pesakit boleh menghubungi Klinik di talian 019-714 1798.