mcmc
Maklumat Setempat

Hari Bersama NADI Felda Jengka 3

Tarikh : 1 Disember 2014 (Isnin)

Masa : 8.00 Pagi – 2.00 Petang

Tempat : Perkarangan NADI Felda Jengka 3

Dirasmikan Oleh : YB Dato’ Hajah Shahaniza Bt Haji Shamsuddin (ADUN Kuala Sentul)

Hari Bersama Pusat Internet Felda Jengka 3 adalah salah satu program promosi yang diadakan bertujuan merapatkan silaturrahim antara komuniti tempatan dengan petugas-petugas Pusat Internet 1Malaysia bagi melaksanakan program pemberian sejagat yang giat dilaksanakan oleh pihak SKMM dan TM.    

Pelbagai aktiviti diadakan sempena program tersebut antaranya pertandingan menaip pantas, suaipadan ICT, teka silang kata ICT, pertandingan gubahan kain, pertandingan jus minuman berkhasiat, pertandingan masakan berasaskan pulut, pertandingan sukaneka dan sebagainya.

Semua pertandingan ini melibatkan pelbagai peringkat umur seperti kanak-kanak sekolah Tabika, sekolah rendah, sekolah menengah, belia, dewasa dan warga emas.

Hadiah juga disediakan untuk para pemenang yang menyertai pertandingan tersebut serta cabutan bertuah disediakan untuk pengunjung Program Hari Bersama. Booth atau gerai-gerai juga disediakan bagi memberi peluang kepada ahli-ahli Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 3 menjual pelbagai produk mereka seperti produk makanan dan produk kesihatan. Booth dari agensi kerajaan juga disediakan seperti Jabatan Pertahanan Awam Cawangan Jengka dan Agensi Antidadah Kebangsaan Maran. Selain itu, booth dari Bank Simpanan Nasional (BSN) Kuantan dan Akademi Memandu Warisan Jengka juga mengambil bahagian pada hari tersebut.

Pendaftaran pengunjung

  

Booth yang disediakan

Majlis Perasmian & Penyampaian Hadiah

Lawatan ke Pusat Internet 1Malaysia

Pertandingan Gubahan Kain, Masakan Berasaskan Pulut & Minuman Jus Berkhasiat

Sukaneka

Cabutan Bertuah

Pemenang Ahli Aktif Bawah 18 Tahun

 Pemenang Ahli Aktif 18 Tahun ke atas