MAHIR PERTANIAN PINTAR
| Nama : Rasidah bt Dali Umur : 52 Tahun Ahli : 5 Julai 2025 |
Latar Belakang
Puan Rasidah adalah surirumah dan juga merupakan menantu peneroka Felda Jengka 3. Beliau menyertai kelas Mahir Pertanian Pintar (Mahir Intake 2) untuk menambah ilmu pengetahuan di dalam bidang yang diminati. Sejak pindah ke Jengka 3 beliau bercucuk tanam bagi memenuhi masa lapang. Selain itu, beliau turut menyertai kelas lain seperti kelas Cybersecurity dan kelas Usahawan bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ICT dan keusahawanan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Kemahiran beliau adalah sederhana berkaitan pengetahuan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh NADI Felda Jengka 3, beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer dan ICT. Selain itu, beliau turut pendapat pengalaman yang berharga dalam bidang pertanian melalui kelas-kelas MAHIR Pertanian Pintar yang disertai selama beberapa bulan di NADI Felda Jengka 3.
