1) NADI x LIFELONGLEARNING (DILEA, e-KELAS, MAHIR, CYBERSECURITY, E-SPORT, TINY TECHIES)
| Tarikh & Masa : – DILEA – REVISION VIDEO SAINS 1.4.2026 (3.30pm – 4.30pm) – OPEN TUITION BI 7.4.2026 (3.30pm – 4.30pm) – WEBINAR LATIHAN SAJAK 25.4.2026 (2.30pm – 3.30pm) e-Kelas Usahawan – Modul 1 : Strategi Pemasaran Digital 20.4.2026 (10.00am – 11.00am) – Modul 3 : AI Untuk Mencipta Kandungan 21.4.2026 (10.00am – 11.00am) MAHIR Short Learning Series – MAHIR JAHIT (POUCH BAG COMEL) 22.4.2026 – (11.15 am – 12.00 pm) – MAHIR JAHIT (COASTER FABRIK HANDMADE) 22.4.2026 – (12.05 pm – 12.50 pm) CYBERSECURITY – Cara Menjaga Keselamatan CCTV dan WiFi Rumah dari Digodam 9.4.2026 (3.00 pm – 4.30 pm) E-SPORT – KOMUNIKASI DALAM PASUKAN E-SUKAN 3.4.2026 (10.00 am – 11.00 am) TINY TECHIES – Robotic Innovation Siri 1 18.4.2026 (11.00 am – 12.00 am) – Python in Animation Siri 1 18.4.2026 (12.00 am – 1.00 am) Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 29 orang |
| Tujuan i) Mempromosi Perkhidmatan 5 Pillars yang disediakan di NADI kepada peserta. ii) Meningkatkan pemahaman berkaitan kelas -kelas Pembelajaran Sepanjang Hayat yang dijalankan sepanjang bulan April. iii) Memberikan pendedahan kepada peserta kepentingan setiap topik yang dibincangkan. Aktiviti DILEA – Seramai 6 orang peserta Tingkatan 2 telah menyertai kelas rakaman DILEA (VOD-Video On Demand) pada bulan ini. Peserta mendengar penerangan dari guru berkaitan subjek yang dipilih. Manakala 4 orang peserta menyertai Open Tuition Bahasa Inggeris dimana mereka mendengar penerangan dari guru serta menjawab kuiz yang diberikan. Terdapat 3 orang peserta menyertai Webinar Latihan Sajak. Guru memberikan tips penting dan meminta peserta untuk mencuba membaca sajak yang diberikan. e-Kelas Usahawan – 2 orang peserta menyertai e-Kelas usahawan secara atas talian selama lebih kurang 1 jam untuk memahami tajuk berkaitan Strategi Pemasaran Digital dan AI Untuk Mencipta Kandungan. Peserta juga diminta untuk membuat latihan berkaitan tajuk yang diberikan dan diminta untuk berkongsi kepada guru hasilnya. MAHIR – 2 Orang peserta menyertai kelas MAHIR short Learning Series berkaitan MAHIR Jahit. Sesi pertama peserta diberikan pendedahan untuk menjahit Pouch Bag Comel pelbagai corak dan sesi kedua menjahit Coaster Fabrik dimana peserta diberikan langkah satu persatu cara memotong kain dan menjahit sehingga siap. CYBERSECURITY – Seorang peserta menyertai kelas bertajuk ‘Cara Menjaga Keselamatan CCTV dan WiFi Rumah dari Digodam’. Guru memberikan pendedahan dan cara menghindari CCTV dari digodam. Peserta juga boleh bertanya secara terus jika ada sebarang persoalan. E-SPORT – 4 peserta menyertai kelas kesedaran e-Sport bertajuk KOMUNIKASI DALAM PASUKAN E-SUKAN dimana mereka diberikan pendedahan berkaitan tajuk dengan menonton video yang disediakan selama lebih kurang beberapa minit. TINY TECHIES – 3 orang peserta sekolah rendah menyertai kelas Tiny Techies bertajuk Robotic Innovation Siri 1 manakala 4 orang peserta sekolah menengah menyertai kelas bertajuk Python in Animation Siri 1. Mereka diberikan pendedahan berkaitan robotik dan coding oleh guru yang berpengalaman. Gambar disini |
2) NADI x AWARENESS (Kesedaran)
| Tarikh & Masa : Kempen Internet Selamat (KIS) PENJELAJAH SIBER: ELAK PERANGKAP DIGITAL – 4.4.2026 (10.00am – 11.00am) Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 5 orang |
| Tujuan i) Meningkatkan kesedaran pelajar berkaitan ancaman di Internet. ii) Pendedahan berkaitan dunia siber yang semakin mencabar. iii) Menggalakkan penggunaan internet yang lebih berhemah terutamanya di kalangan pelajar sekolah. Aktiviti – Peserta menyertai kelas Kempen Internet Selamat (KIS) yang diadakan khas untuk pelajar sekolah dimana mereka diberikan pendedahan berkaitan ancaman di internet serta cara untuk mengatasinya agar mereka lebih berhemah ketika melayari internet. Gambar disini |
3) NADI X KEUSAHAWANAN
| Tarikh & Masa : PRENUER – 13.4.2026 EMPOWERHER – 13.4.2026 KIDVENTURE – 4, 11 & 12.4.2026 Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 8 orang |
| Tujuan i) Pendedahan berkaitan topik keusahawan kepada bakal usahawan. ii) Meningkatkan kemahiran keusahawan kepada usahawan lelaki dan perempuan. iii) Kidventure memberikan pendedahan berkaitan keusahawanan kepada pelajar sekolah. Aktiviti PRENUER & EMPOWERHER – Peserta menonton Video Pra Latihan bertajuk ‘Kenapa Produk Bagus Masih Tak Laku’, ‘Apa Itu Pemasaran Sebenar Dalam Dunia Perniagaan’ Dan ‘4p Asas Pemasaran Strategik Yang Ramai Usahawan Salah Guna’ dan menonton rakaman webinar bertajuk Perancangan Perniagaan. KIDVENTURE – Peserta menyertai webinar atas talian berkaitan topik keusahawanan bertajuk Bijak Kewangan & Operasi Perniagaan serta menonton video bertajuk ‘Faham Duit’ bagi memberikan kefahaman yang lebih mendalam dalam bidang keusahawanan. Gambar disini |
4) NADI x KESEJAHTERAAN KENDIRI
| Tarikh & Masa : FLOURISHER – 8.4.2026 MENWELL – 15.4.2026 CARE – 5.4.2026 Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 13 orang |
| Tujuan i) Pengesanan awal masalah kesihatan atau faktor risiko sebelum seseorang menunjukkan sebarang gejala. ii) Pencegahan, rawatan awal dan pengurusan penyakit. iii) Membolehkan penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, dan lain-lain dikesan lebih awal. Aktiviti – Saringan Kesihatan (BMI- berat & tinggi) supaya peserta boleh mendapatkan BMI yang ideal untuk memastikan kesihatan mereka berada pada paras optimum. – Pemeriksaan tekanan darah dan bacaan gula agar mereka dapat memantau tahap kesihatan. Jika bacaan tinggi mereka dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut di Klinik Kesihatan yang berhampiran. Gambar disini |
5) NADI X INISIATIF KERAJAAN
| Tarikh & Masa : Price Catcher – 4.4.2026 Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 1 orang |
| Tujuan i) Mempromosikan program inisitiatif kerajaan. ii) Mendedahkan kepada Komuniti/masyarakat tentang program initiatif dan subsidi yang disediakan oleh kerajaan. Aktiviti – Price Catcher adalah aplikasi terbaru untuk pengguna membuat perbandingan harga pelbagai jenis produk di pasaran supaya pengguna lebih bijak untuk memilih pasaraya yang menyediakan harga yang berpatutan. Gambar disini |