1) NADI x LIFELONGLEARNING (MAHIR)
| Tarikh & Masa : – NADI x LIFELONGLEARNING (MAHIR) – Mahir Baiki Gajet 16, 23 & 30.1.2026 – Mahir Jahit 12, 19 & 26.1.2026 (9.30am – 10.30am) – Mahir Foto 12, 19 & 26.1.2026 (3.00pm – 4.30pm) Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 12 orang |
| Tujuan i) Mempromosi Perkhidmatan yang disediakan di NADI kepada peserta. ii) Mendedahkan peserta tentang kursus yang ditawarkan dalam NADI Mahir (Foto, Baiki Gajet & Jahit) iii) Menggalakkan peserta untuk mencuba bidang yang baru. Aktiviti NADI x LIFELONGLEARNING – Mahir Baiki Gajet, Foto & Jahit Kelas MAHIR bagi pengambilan ke-3 telah bermula pada awal Januari 2026. Pada minggu pertama peserta diberikan pendedahan berkaitan sistem MTS yang akan digunakan sepanjang sesi kelas berlangsung. – Pada bulan pertama, tutor memberi pendedahan berkaitan nota, kuiz dan sesi soal jawab berkaitan MAHIR yang peserta sertai. Gambar disini |
2) NADI x LIFELONGLEARNING (DILEA, Tiny Techies, e-Sport, e-Kelas & Cybersecurity)
| Tarikh & Masa : – DILEA – OPEN TUITION BM – 8.1.2026 (3.30pm – 4.30pm) – OPEN TUITION BM – 22.1.2026 (3.30pm – 4.30pm) – OPEN TUITION SAINS – 29.1.2026 (3.30pm – 4.30pm) – WEBINAR ENGLISH 24.1.2026 (2.30pm – 4.30pm) – WEBINAR ENGLISH 31.1.2026 (2.30pm – 4.30pm) TINYTECHIES – Micro:bit & Robotik (Untuk Sekolah Rendah) 31.1.2026 (2.00 PM – 3.00 PM) – Python, HTML & SQL(Untuk Sekolah Menengah) 31.1.2026 (3.00 PM – 4.00 PM) e-Sport – PENGENALAN E-SUKAN: DARIPADA HOBI KEPADA PROGRAM KOMPETITIF BERSTRUKTUR (9.1.2026) – ETIKA & SIKAP PEMAIN E-SUKAN (17.1.2026) – REALITI DUNIA E-SUKAN: TEKANAN, DISIPLIN & PERSEPSI MASYARAKAT (24.1.2026) e-Kelas Usahawan – Asas Komunikasi Visual 22.1.2026 (10.00am – 11.00am) Cybersecurity – Ancaman Siber Dalam Dunia Digital – 15.1.2026 (3.00 pm – 4.30 pm) Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 29 orang |
| Tujuan i) Mempromosi Perkhidmatan 5 Pillars yang disediakan di NADI kepada peserta. ii) Meningkatkan pemahaman berkaitan kelas -kelas Pembelajaran Sepanjang Hayat yang diadakan. iii) Pendedahan berkaitan Kelas-kelas yang diadakan sepanjang bulan. Aktiviti DILEA – Kelas DILEA yang diadakan secara atas talian pada tahun 2026 telah bermula. Seramai 10 orang pelajar Tingkatan 2, 3 dan 5 telah menyertai kelas ini, dimana guru memberi penerangan berkaitan subjek, peserta menjawab kuiz yang disediakan dan sesi soal jawab. TINYTECHIES – Seramai 3 orang peserta sekolah rendah & 3 orang peserta sekolah menengah telah menyertai kelas Tiny Techies. Mereka diberikan pendedahan berkaitan robotik, mikrobit dan phyton dimana tutor menunjukkan demo secara live. e-Sport – 10 orang peserta kelas e-Sport telah menonton video yang disediakan bagi memberi pendedahan tentang dunia e-sukan yang semakin mencabar dan diminati oleh golongan belia. e-Kelas Usahawan – 2 orang peserta yang menyertai e-Kelas bagi usahawan secara atas talian selama lebih kurang 1 jam untuk memahami tajuk Asas Komunikasi Visual. Cybersecurity – Seorang peserta telah menyertai kelas Cybersecurity bertajuk Ancaman Siber Dalam Dunia Digital bagi memberi pendedahan didalam dunia digital yang semakin mencabar pada masa kini. Gambar disini |
3) NADI x AWARENESS (Kesedaran)
| Tarikh & Masa : Kempen Internet Selamat (KIS) Media Sosial Alaf Baru – 31.1.2026 (10.00am – 11.00am) Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 5 orang |
| Tujuan i) Meningkatkan kesedaran pelajar berkaitan ancaman di Internet. ii) Pendedahan berkaitan internet selamat. iii) Menggalakkan penggunaan internet secara berhemah. Aktiviti – Peserta menyertai kelas Kempen Internet Selamat (KIS) yang diadakan secara online bagi memberi pendedahan berkaitan ancaman keselamatan di internet agar mereka lebih berhati-hati ketika melayari internet. Gambar disini |
4) NADI x KESEJAHTERAAN KENDIRI
| Tarikh & Masa : MENWELL – 20 & 28.1.2026 FLOURISHER – 20.1.2026 CARE – 17.1.2026 Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 11 orang |
| Tujuan i) Pengesanan awal masalah kesihatan atau faktor risiko sebelum seseorang menunjukkan sebarang gejala. ii) Pencegahan, rawatan awal dan pengurusan penyakit . iii) Membolehkan penyakit seperti kanser, diabetes, tekanan darah tinggi, dan lain-lain dikesan sebelum gejala muncul. Aktiviti – Saringan Kesihatan (BMI- berat & tinggi) dimana peserta diberikan pendedahan berkaitan BMI yang terbaik untuk mereka. – Pemeriksaan tekanan darah dan tahap gula. Jika bacaan tinggi peserta dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut di Klinik Kesihatan yang berhampiran. Gambar disini |
5) NADI X INISIATIF KERAJAAN
| Tarikh & Masa : MyDigital ID – 12.1.2025 Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 1 orang |
| Tujuan i) Mempromosi tentang program-program inisitiatif kerajaan yang disediakan. ii) Mendedahkan kepada Komuniti/masyarakat tentang program initiatif dan subsidi yang disediakan oleh kerajaan. Aktiviti – Memberi pendedahan berkaitan MyDigital ID dimana komuniti boleh mendaftar di Kiosk yang disediakan di NADI Felda Jengka 3 dengan hanya membawa kad pengenalan dan telefon pintar yang mempunyai aplikasi MyDigital ID. – MyDigital ID adalah satu platform dimana komuniti hanya perlu menggunakan 1 kata laluan bagi mendaftar masuk ke beberapa laman web kerajaan yang telah disahkan. Gambar disini |