1) NADI x LIFELONGLEARNING (MAHIR)
| Tarikh & Masa : – NADI x LIFELONGLEARNING (MAHIR) – Mahir Pertanian Pintar – Mahir Masak – Mahir Baiki Gajet – Mahir Foto – Mahir Jahit 10, 11, 17, 18, 24 & 25.11.2025 (9.30am – 10.30am) 12, 13, 14, 19, 20, 21, 26, 27 & 28.11.2025 (3.00pm – 4.30pm) Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 13 orang |
| Tujuan i) Mempromosi Perkhidmatan yang disediakan di NADI kepada peserta. ii) Meningkatkan pengetahuan & pengalaman berkaitan pelbagai kelas MAHIR yang disediakan untuk ahli NADI secara percuma. iii) Menggalakkan peserta untuk mencuba bidang yang baru. Aktiviti NADI x LIFELONGLEARNING – Mahir Pertanian Pintar, Masak, Baiki Gajet, Foto & Jahit Kelas MAHIR bagi pengambilan ke-2 bakal tamat pada bulan Disember. Kelas minggu-minggu terakhir diteruskan dengan aktiviti ulangkaji pelajaran yang lepas dan kuiz bagi megetahui tahap pemahaman peserta sepanjang beberapa bulan kelas telah berlangsung. Gambar disini |
2) NADI x LIFELONGLEARNING (DILEA, Tiny Techies, e-Sport, e-Kelas & Cybersecurity)
| Tarikh & Masa : – DILEA – Open Tuition (BM & Math) – 3 & 6.11.2025 (3.30pm – 4.30pm) – Webinar BM – 22.11.2025 (2.30pm – 4.30pm) TINYTECHIES – 8.11.2025 (10.00am – 11.00am) e-Sport – Kelas Kesedaran – 9 & 15.11.2025 (3.00 pm – 4.00 pm) e-Kelas Usahawan – 6.11.2025 (2.00pm – 3.00pm) Cybersecurity – 6.11.2025 (3.00pm – 4.30pm) Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 16 orang |
| Tujuan i) Mempromosi Perkhidmatan 5 Pillars yang disediakan di NADI kepada peserta. ii) Meningkatkan ilmu & pengalaman berkaitan kelas -kelas Pembelajaran Sepanjang Hayat yang diadakan. iii) Pendedahan berkaitan Kelas-kelas yang diadakan sepanjang bulan. Aktiviti DILEA – Kelas Open Tuition subjek Bahasa Melayu dan Matematik untuk Tingkatan 1. Manakala Webinar Bahasa Melayu khas untuk pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM. Peserta mendengar penerangan dari guru yang berpengalaman serta menjawab soalan-soalan yang diberikan. TINYTECHIES – 2 orang peserta kategori SK menyambung memasang robot sumo untuk bulan ini. Tutor yang berpengalaman menunjukkan langkah-langkah pemasangan robot satu persatu untuk memastikan peserta dapat menyiapkan robot sumo tersebut. e-Sport – 6 orang peserta terlibat menonton video bertajuk ‘HAK CIPTA & HARTA INTELEK DALAM E-SUKAN’ dan ‘STRATEGI MEDIA SOSIAL & IMEJ DIRI’. Peserta menonton video pendek berkaitan tajuk yang diberikan pada bulan ini supaya mereka lebih terdedah dengan pelbagai maklumat dalam bidang e-sukan. e-Kelas Usahawan – Peserta yang menyertai kelas usahawan di atas talian ini diberikan pencerahan berkaitan modul yang dapat membantu mereka dalam bidang keusahawan, iaitu Mengurus dan Mengukur Keberkesanan Pemasaran Digital. Cybersecurity – Peserta kelas cybersecurity diberikan pendedahan berkaitan dunia siber yang semakin mencabar saat ini. Kali ini tajuk yang dibawakan adalah ‘PERMULAAN DI UNIVERSITI, MASA DEPAN DI SIBER SEKURITI!’. Tajuk ini memperkenalkan pelajar kepada asas, peluang, dan cabaran dunia keselamatan siber (cybersecurity) dalam konteks pendidikan tinggi moden yang berteraskan teknologi dan digitalisasi. Gambar disini |
3) NADI x AWARENESS (Kesedaran)
| Tarikh & Masa : Kempen Internet Selamat (KIS) 15 & 29.11.2025 – (10.00am – 11.00am) SK & SMK Pertandingan Poster KIS 20.11.2025 – (10.00am – 11.00am) – SMK 22.11.2025 – (10.00am – 11.00am) – SK Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 25 orang |
| Tujuan i) Meningkatkan kesedaran pelajar berkaitan ancaman di Internet. ii) Mendidik pelajar menggunakan internet secara berhemah. iii) Menggalakkan penggunaan internet untuk tujuan pembelajaran. Aktiviti – Penerangan Kempen Internet Selamat (KIS) bertajuk JEJAK DIGITAL – Jejakmu di Alam Maya, Kekal Selamanya! & Pejuang Siber – Menyeluruh, Cegah, Lindung Dunia Siber! bagi pelajar kategori SK & SMK. – Peserta diberikan penerangan berkaitan Jejak digital dimana setiap tindakan di internet meninggalkan jejak digital yang boleh dikesan. Peserta diberikan pendedahan untuk mengetahui cara melindungi privasi, membina imej positif, dan menjadi pengguna internet yang bijak! – Peserta memahami tentang pejuang siber dimana mereka sendiri adalah pejuang siber dan perlu tingkatkan kesedaran dan perkasakan pertahanan siber! – Peserta yang menyertai Pertandingan Poster KIS telah menyiapkan poster masing-masing menggunakan laman web “CANVA”. Bagi pelajar SK poster adalah bertajuk ‘Buli Siber’ manakala bagi pelajar SMK pula bertajuk ‘Penipuan Cinta’. Gambar disini |
4) NADI x KESEJAHTERAAN KENDIRI
| Tarikh & Masa : SARINGAN KESIHATAN MenWell 2 & 17.11.2025 – (10.00am – 12.00pm) SARINGAN KESIHATAN Florisher 2 & 17.11.2025 – (10.00am – 12.00pm) CARE 29.11.2025 – (10.00am – 12.00pm) Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 21 orang |
| Tujuan i) Pengesanan awal masalah kesihatan seperti diabetes, obesiti dan tekan darah tinggi. ii) Pencegahan, rawatan awal dan pengurusan penyakit . iii) Membolehkan penyakit seperti kanser, diabetes, tekanan darah tinggi, dan lain-lain dikesan sebelum gejala muncul. Aktiviti – Saringan Kesihatan (BMI- berat & tinggi) dimana peserta diberikan pendedahan berkaitan BMI yang terbaik untuk mereka. – Pemeriksaan tekanan darah dan tahap gula. Jika bacaan tinggi peserta dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut di Klinik Kesihatan yang berhampiran. Gambar disini |
5) NADI X INISIATIF KERAJAAN
| Tarikh & Masa : 5 & 12.11.2025 Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 2 orang |
| Tujuan i) Mempromosi tentang program-program inisitiatif kerajaan yang disediakan. ii) Mendedahkan kepada Komuniti/masyarakat tentang program initiatif dan subsidi yang disediakan oleh kerajaan. Aktiviti – Memberi pendedahan berkaitan SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) dimana mereka yang layak boleh menggunakan sumbangan dari Kerajaan menggunakan Mykad di pasaraya yang terpilih. – Pendedahan berkaitan aplikasi PRICE CATCHER iaitu satu aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat membuat perbandingan harga yang lebih berpatutan di pasaraya yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka. Gambar disini |