1) NADI x LIFELONGLEARNING (MAHIR)
| Tarikh & Masa : – NADI x LIFELONGLEARNING (MAHIR) – Mahir Pertanian Pintar – Mahir Masak – Mahir Baiki Gajet – Mahir Foto – Mahir Jahit 6, 7, 13, 14, 21, 27 & 28.10.2025 (9.30am – 10.30am) 1, 2, 3, 8, 9, 10, 15, 16, 17, 22, 23, 24, 29, 30 & 31.10.2025 (3.00pm – 4.30pm) Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 15 orang |
| Tujuan i) Mempromosi Perkhidmatan yang disediakan di NADI kepada peserta. ii) Meningkatkan pengetahuan & pengalaman berkaitan pelbagai kelas MAHIR yang disediakan untuk ahli NADI secara percuma. iii) Menggalakkan peserta untuk menceburi bidang yang diminati dengan lebih mendalam. Aktiviti NADI x LIFELONGLEARNING – Mahir Pertanian Pintar, Masak, Baiki Gajet, Foto & Jahit Kelas MAHIR bagi pengambilan ke-2 diteruskan untuk bulan Oktober 2025 dimana minggu pembelajaran diteruskan dan peserta perlu menjawab soalan-soalan kuiz bagi MAHIR yang disertai. Peserta MAHIR Masak turut mencuba resepi biskut Red Velvet Cheese di NADI. Selain itu, peserta juga boleh bertanya kepada tutor semasa sesi soal jawab. Gambar disini |
2) NADI x LIFELONGLEARNING (DILEA, Tiny Techies, e-Sport, e-Kelas, Cybersecurity)
| Tarikh & Masa : – DILEA – Open Tuition (BM, Math, Pengajian AM) – 9, 14 & 23.10.2025 (3.30pm – 4.30pm) – Revision (Form 1) – 12.10.2025 (3.30pm – 4.30pm) – Webinar Math – 25.10.2025 (2.30pm – 4.30pm) TINYTECHIES – 11 & 25.10.2025 (10.00am – 11.00am) e-Sport – Kelas Kesedaran – 5 & 12.10.2025 (3.00 pm – 4.00 pm) – Webinar Visual Storytelling – 25.10.2025 (9.00 am – 1.00 pm) e-Kelas Usahawan – 7 & 9.10.2025 (10.00am – 11.00am & 2.00pm – 3.00pm) Cybersecurity – 10 & 24.10.2025 (3.00pm – 4.30pm) Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 32 orang |
| Tujuan i) Mempromosi Perkhidmatan 5 Pillars yang disediakan di NADI kepada peserta. ii) Meningkatkan ilmu & pengalaman berkaitan kelas -kelas Pembelajaran Sepanjang Hayat yang diadakan. iii) Pendedahan berkaitan Kelas-kelas yang diadakan sepanjang bulan. Aktiviti DILEA – Kelas Open Tuition subjek Bahasa Melayu untuk Tingkatan 1 dan Pengajian AM untuk Tingkatan 6. Manakala Webinar Matematik khas untuk pelajar Tingkatan 4 & 5. Peserta mendengar penjelasan dari guru serta menjawab soalan-soalan yang diberikan. TINYTECHIES – 2 orang peserta kategori SK menyambung pemasangan robotik untuk bulan ini di dalam Bengkel Mahir Sumo Robot. Tutor yang berpengalaman menunjukkan langkah-langkah pemasangan robot satu persatu untuk memudahkan peserta menonton atas talian. e-Sport – 7 orang peserta yang terlibat menonton video bertajuk ‘Sains Sukan: Fizikal & Pemulihan’ dan ‘Anti Doping dan Bahan Terlarang’. Peserta menonton video pendek berkaitan tajuk yang berkenaan supaya mereka lebih memahami topik-topik yang disertai. e-Kelas Usahawan – Peserta yang menyertai kelas usahawan di atas talian ini diberikan pencerahan berkaitan beberapa modul yang dapat membantu mereka dalam bidang keusahawan, iaitu : Modul 1: Strategi Pemasaran Digital Modul 2: Asas Visual Komunikasi Modul 3: AI untuk Mencipta Kandungan Modul 4: Mengurus dan Mengukur Keberkesanan Pemasaran Digital Cybersecurity – Peserta kelas cybersecurity diberikan pendedahan berkaitan dunia siber yang semakin mencabar saat ini. Kali ini tajuk yang dibawakan adalah ANCAMAN SIBER DI TEMPAT AWAM LIVE DEMO CARD CLONNING & TRACKER GADGET. Terdapat dua Slot yang disediakan bagi memberikan pendedahan yang lebih terperinci kepada peserta. Gambar disini |
3) NADI x AWARENESS (Kesedaran)
| Tarikh & Masa : Kempen Internet Selamat (KIS) 18.10.2025 – (10.00am – 11.00am) SK & SMK Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 6 orang |
| Tujuan i) Meningkatkan kesedaran pelajar berkaitan ancaman di Internet. ii) Mendidik pelajar menggunakan internet secara berhemah. iii) Menggalakkan penggunaan internet untuk tujuan pembelajaran. Aktiviti – Penerangan Kempen Internet Selamat (KIS) bertajuk DEEPFAKE & AI bagi pelajar kategori SK & Penipuan Pembelian Dalam Talian bagi pelajar SMK. – Peserta diberikan penerangan berkaitan hasil manipulasi teknologi Deepfake & AI yang kini semakin sukar dibezakan dengan yang sebenar dan cara mengelak daripada ditipu dan disalahgunakan oleh teknologi pintar ini! – Penerangan termasuklah berkaitan Penipuan pembelian dalam talian yang kini semakin berleluasa dan sukar dikesan dan cara melindungi diri daripada menjadi mangsa taktik penipuan yang semakin licik. – Sesi soal jawab antara peserta dan tutor berkaitan topik yang dibincangkan. Gambar disini |
4) NADI x KESEJAHTERAAN KENDIRI
| Tarikh & Masa : SARINGAN KESIHATAN MenWell 8.10.2025 – (10.00am – 12.00pm) SARINGAN KESIHATAN Florisher 8.10.2025 – (10.00am – 12.00pm) CARE 8.10.2025 – (10.00am – 12.00pm) 19.10.2025 – (10.00am – 12.00pm) Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 16 orang |
| Tujuan i) Pengesanan awal masalah kesihatan atau faktor risiko sebelum seseorang menunjukkan sebarang gejala. ii) Pencegahan, rawatan awal dan pengurusan penyakit . iii) Membolehkan penyakit seperti kanser, diabetes, tekanan darah tinggi, dan lain-lain dikesan sebelum gejala muncul. Aktiviti – Saringan Kesihatan (BMI- berat & tinggi) dimana peserta diberikan pendedahan berkaitan BMI yang terbaik untuk mereka. – Pemeriksaan tekanan darah dan tahap gula. Jika bacaan tinggi peserta dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut di Klinik Kesihatan yang berhampiran. Gambar disini |
5) NADI X INISIATIF KERAJAAN
| Tarikh & Masa : 8.10.2025 Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 1 orang |
| Tujuan i) Mempromosi tentang program-program inisitiatif kerajaan yang disediakan. ii) Mendedahkan kepada Komuniti/masyarakat tentang program initiatif dan subsidi yang disediakan oleh kerajaan. Aktiviti – Memberi taklimat berkaitan PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI (PJRM), salah satu bentuk inisiatif kerajaan kepada peserta berkaitan lokasi, produk dan sebagainya. Gambar disini |