mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2025 CELIK IT – MOHD MAZWADY AKMAL B. MOHD MAIDIN

MAHIR BAIKI GAJET

Nama : Mohd Mazwady Akmal B. Mohd Maidin
Umur : 27
Tahun Ahli : 2013

Latar Belakang

Encik Mazwady Akmal merupakan ajen insuran yang tinggal bersama keluarga di Felda Jengka 3. Beliau menyertai kelas ICT untuk memudahkan beliau dalam tugasan harian. Beliau turut menghadiri kelas MAHIR baiki Gajet untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan bidang tersebut. Beliau kerap ke NADI untuk menggunakan pelbagai perkhidmatan yang tersedia dan turut menyertai pelbagai kelas dan pertandingan yang dianjurkan oleh NADI bagi meningkatkan kemahiran ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Kemahiran beliau adalah sederhana berkaitan pengetahuan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh NADI Felda Jengka 3, beliau semakin mahir dalam menggunakan komputer terutamanya dalam Microsoft Office & Excel. Selain itu, beliau turut pendapat pengalaman yang berharga dalam bidang membaiki gajet melalui kelas-kelas MAHIR Baiki Gajet yang disertai selama beberapa bulan.