1) NADI x LIFELONGLEARNING (MAHIR)
| Tarikh & Masa : – NADI x LIFELONGLEARNING (MAHIR) – Mahir Pertanian Pintar – Mahir Masak – Mahir Baiki Gajet – Mahir Foto – Mahir Jahit 8,9,22,23,29 & 30.9.2025 (9.30am – 10.30am) 10,11,12,24,25 & 26.9.2025 (3.00pm – 4.30pm) NADI x MAHIR SHORT LEARNING SERIES – MAHIR Pertanian Pintar 4.9.2025 (9.30am-10am) Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 13 orang |
| Tujuan i) Mempromosi Perkhidmatan yang disediakan di NADI kepada peserta. ii) Meningkatkan pengetahuan & pengalaman berkaitan pelbagai kelas MAHIR yang disediakan untuk ahli NADI secara percuma. iii) Menggalakkan peserta untuk menceburi bidang yang diminati dengan lebih mendalam. Aktiviti NADI x LIFELONGLEARNING – Mahir Pertanian Pintar, Masak, Baiki Gajet, Foto & Jahit Kelas MAHIR bagi pengambilan ke-2 diteruskan untuk bulan September 2025 dimana peserta diberikan lebih banyak ilmu secara teori dan teknikal. Peserta MAHIR Masak turut menyertai kelas secara praktikal dimana mereka mencuba resepi yang disedikan oleh tutor di NADI. Peserta juga perlu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh tutor masing-masing. NADI x MAHIR SHORT LEARNING SERIES – Mahir Pertanian Pintar Peserta Short Learning Series menyertai sesi siaran langsung di Youtube Studio NADI MAHIR yang dibawa oleh Cikgu Hanif bertajuk “Penyediaan Baja AB (A+B)”. Gambar disini |
2) NADI x LIFELONGLEARNING (DILEA, Tiny Techies, e-Sport, e-Kelas, Cybersecurity)
| Tarikh & Masa : – DILEA -Open Tuition (Sains) – 25.9.2025 (3.30pm – 4.30pm) – English Proficiency (Form 4) – 28.9.2025 (3.30pm – 4.30pm) TINYTECHIES – 27.9.2025 (10.00am – 11.00am) e-Sport – Kelas Kesedaran – 8 & 14.9.2025 (3.00 pm – 4.00 pm) e-Kelas Usahawan – 18, 23.9.2025 (10.00am – 11.00am & 2.00pm – 3.00pm) Cybersecurity – 18 & 25.9.2025 (3.00pm – 4.30pm) Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 27 orang |
| Tujuan i) Mempromosi Perkhidmatan 5 Pillars yang disediakan di NADI kepada peserta. ii) Meningkatkan ilmu & pengalaman berkaitan kelas -kelas Pembelajaran Sepanjang Hayat yang diadakan. iii) Pendedahan berkaitan Kelas-kelas yang diadakan sepanjang bulan. Aktiviti DILEA – Kelas atas talian subjek Sains untuk Tingkatan 2 dan kelas English Proficiency untuk Tingkatan 4. Peserta mendengar penerangan dari guru serta menjawab soalan-soalan yang diberikan. TINYTECHIES – Peserta SK diberikan penerangan berkaitan robotik oleh tutor yang berpengalaman dalam bidang tersebut dan peserta turut bersama-sama memasang robot sumo yang telah disediakan. e-Sport – Peserta yang terlibat menonton video bertajuk ‘Kesihatan Mental & Kesejahteraan Atlet e-Sukan’ dan ‘Sains Sukan Peringkat Taraf e-sukan Kebangsaan’ bagi memberi pendedahan kepada mereka sebelum menyertai pertandingan Mobile Legend kelak. e-Kelas Usahawan – Peserta yang menyertai kelas usahawan di atas talian ini diberikan pencerahan berkaitan beberapa modul yang dapat membantu mereka dalam bidang keusahawan, iaitu : Modul 1: Strategi Pemasaran Digital Modul 2: Asas Visual Komunikasi Modul 3: AI untuk Mencipta Kandungan Modul 4: Mengurus dan Mengukur Keberkesanan Pemasaran Digital Cybersecurity – Peserta kelas cybersecurity diberikan pendedahan berkaitan dunia siber yang semakin mencabar saat ini. Kali ini tajuk yang dibawakan adalah Ancaman Siber kpd Usahawan. Terdapat dua Slot yang disediakan bagi memberikan pendedahan yang lebih terperinci kepada peserta. Gambar disini |
3) NADI x AWARENESS (Kesedaran)
| Tarikh & Masa : Kempen Internet Selamat (KIS) 17.9.2025 – (10.00am – 11.00am) SK & SMK Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 7 orang |
| Tujuan i) Meningkatkan kesedaran pelajar berkaitan bahaya di Internet. ii) Mendidik pelajar menggunakan internet secara bertanggungjawab. iii) Menggalakkan penggunaan internet untuk tujuan pembelajaran. Aktiviti – Penerangan Kempen Internet Selamat (KIS) bertajuk Penipuan Cinta bagi pelajar kategori SK & SMK. – Penerangan termasuklah maksud penipuan cinta, platform yang terlibat, kesan dan sebagainya. – Sesi soal jawab antara peserta dan tutor berkaitan topik yang dibincangkan. Gambar disini |
4) NADI x KESEJAHTERAAN KENDIRI
| Tarikh & Masa : SARINGAN KESIHATAN MenWell 3.9.2025 – (10.00am – 12.00pm) 6.9.2025 – (10.00am – 12.00pm) 14.9.2025 – (10.00am – 12.00pm) SARINGAN KESIHATAN Florisher 6.9.2025 – (10.00am – 12.00pm) 7.9.2025 – (10.00am – 12.00pm) Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 9 orang |
| Tujuan i) Pengesanan awal masalah kesihatan atau faktor risiko sebelum seseorang menunjukkan sebarang gejala. ii) Pencegahan, rawatan awal dan pengurusan penyakit . iii) Membolehkan penyakit seperti kanser, diabetes, tekanan darah tinggi, dan lain-lain dikesan sebelum gejala muncul. Aktiviti – Saringan Kesihatan (BMI- berat & tinggi) dimana peserta diberikan pendedahan berkaitan BMI yang terbaik untuk mereka. – Pemeriksaan tekanan darah dan tahap gula. Jika bacaan tinggi peserta dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut di Klinik Kesihatan yang berhampiran. Gambar disini |
5) NADI X INISIATIF KERAJAAN
| Tarikh & Masa : 23.9.2025 Lokasi : NADI Felda Jengka 3 Jumlah Peserta : 1 orang |
| Tujuan i) Mempromosi tentang program inisitiatif kerajaan. ii) Mendedahkan kepada Komuniti/masyarakat tentang program initiatif dan subsidi yang disediakan oleh kerajaan. Aktiviti – Memberi taklimat berkaitan Price Catcher, salah satu bentuk inisiatif kerajaan kepada peserta. – Peserta memuat turun aplikasi di telefon pintar dan berjaya menggunakan aplikasi tersebut. Gambar disini |